Ads Area


~ TARIAN SUMAZAU ~

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.

Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung bulan Mei.

Tarian sumazau dalam bahasa Kadazan , dan sumayau dalam bahasa Dusun. Sumayau dalam bahasa dusun bermaksud menari, dapat dikaitkan dengan perkataan minsayau, bermaksud melompat-lompat. Jumlah penari tidak ditetapkan, tetapi mestilah berpasangan, lebih ramai lebih meriah.

Tarian sumazau/sumayau berbeza-beza mengikut etnik. Paluan gong juga berbeza mengikut etnik. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus.

Kickbola.net Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut.

Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu, bergantung dari mana sukun kaum kadazandusun ini berasal . Ketika menari tangan didepakan keluar, seolah-olah sedang terbang tetapi dihinjutkan pergelangan tangan.

Situasi ini juga boleh berbeza-beza mengikut daerah.

Kadang kala ketika menari penari boleh setakat menghayun-hayun atau melimbai-limbai tangan.

Pada masa sekarang tarian sumazau/sumayau ditarikan pada setiap majlis dan keramaian menyambut hard keramaian , namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.


Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (hinogot) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars) dan set tangkong yang diperbuat daripada tembaga . Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyangkutkan dipinggang daun silad kering sebagai pengganti padi.

Kickbola.net Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan.
Ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

Asal Usul Tarian Sumazau

Perkataan Sumazau berasal daripada 'SAZAU' yang b0leh dilihat berdasarkan tangan sese0rang apabila menari.. Tarian Sumazau diambil oleh 0rang zaman dahulu, daripada seek0r burung helang semasa burung helang sedang terbang, Sumazau adalah tarian tradisi0nal suku kaum kadazandusun.. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat pada ( Bambaazon ).

Asas Asas Tarian Sumazau

Keunikan pergerakan tapak kaki perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari.. Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik.. Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan.. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan g0ng.. Dengan 'Pangkis'dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran c0rak tarian akan dilakukan..'Pangkis' dari penari lelaki akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini.

Pakaian Tarian Sumazau

Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning emas.. Penari perempuan memakai 'Tangk-ng', 'Tingg0t' dan 'Himp0g0t'.. Penari lelaki pula memakai 'Sigar'di kepala.. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong ataupun 'Tagunggu'.. ^^

Sekali sekala kita harus tau akan asal usul kita.. apa yang penting.. kita asal dari kampung..admin bangga jadi urang sabah dan urang DUSUN tulin..hehe.. Peace Y0.. Selamat pagi SABAHAN.. ^^

Orang Sabah Bah ni..hehe

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Top Post Ad


Below Post Ad


Ads Area