Ads Area


Asal Usul Kaum Kadazan di Sabah


ASAL USUL KAUM DUSUN DI SABAH

Kadazan ialah kelompok etnik bumiputera bagi negeri Sabah di Malaysia.


Kadazan

Kawasan ramai penduduk
Malaysia Malaysia:
Sabah
Bahasa
Kadazan, Melayu
Agama
Kristian, Islam, Momolianisme
Kumpulan etnik yang berkaitan
Kadazan-Dusun

Kebanyakan mereka tinggal di sebelah pantai barat Sabah, namun terdapat juga di kawasan pedalaman. Disebabkan kesamaan dalam budaya dan bahasa dengan orang Dusun, dan juga atas sebab inisiatif politik, istilah baharu "Kadazan-Dusun" diwujudkan bagi menggabungkan mereka. Bersama, mereka merupakan kelompok etnik terbesar di Sabah.

Agama
Agama orang-orang Kadazan dahulu adalah "Momolianisme". Sekarang, kebanyakan telah bertukar agama kepada Kristian dan Islam. Majoriti orang-orang Kadazan yang beragama Kristian adalah "Katolik".

Momolianisme

Jump to search
MomolianismeBobolianismekepercayaan Kadazan-Dusun adalah agama rakyat asli Malaysia dianut oleh orang Kadazan-Dusun di Sabah, Kalimantan, berkaitan dengan agama Kaharingan di Kalimantan Indonesia. Orang Kadazan-Dusun ialah bumiputera yang kebanyakan kini telah beragama Kristian, akan tetapi agama nenek moyang masih hidup dan umatnya secara resmi hanyalah 0,09% dari penduduk Malaysia.

Kaum Bobohizan, tahun 1921.

Kaum Bobohizan

Nama Momolianisme berasal dari kata Bobohizan (logat Tangara Kadazan) atau Bobolian (logat Dusun Liwan). Bobohizan merupakan gelaran bagi golongan rahib wanita bagi menguatkan persembahan yang diadakan. Bobohizan pertama dipercayai diajar oleh jelmaan semangat Dewi Huminodun, yaitu Unduk Ngadau, jampi serapah yang diamalkan sehingga sekarang. Dewi itu juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobolian mantera-mantera. Bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan, alasannya, sesuai dengan wacana, Dewi sepanjang empat tahun pada malam memanggil seseorang untuk pengambilan ajaran, akan tetapi cuma seorang wanita berani tidak takut ketemu roh.
Kaum Bobohizan dikwatirkan semangat yang datang tidak dapat ditangkis. Dalam upacara yang diadakan adakalanya paluan gong digunakan bagi menyusuri upacara yang diadakan bagi memanggil Roh-roh tertentu, seumpama spirit tempurung kepala sewaktu perayaan Magang. Selepas itu Bobohizan akan mengucapkan mantera serta bermainkan kombuongo atau peralatan menyatukan dua alam Bagi memulakan upacaranya. Setelah dirasuki oleh semangat tersebut Bobohizan sepertinya bercakap dengan seseorang iaitu semangat yang dijumpainya. Adakalanya semangat tersebut menginginkan korban (ayam kampung, 10 biji telur rebus, nasi kunyit, dan tapai/lihing).

Dewa-Dewi

Agama Momolianisme menganuti agama animisme. Umat mereka menyembah dan percaya kepada dunia rohani (Susukuon) dengan lima macam makhluk halus: Dewa-Dewi (makluk halus tertinggi); Rusod (semangat semua benda hidup kecuali manusia); Koduduwo (semangat manusia, berarti “kamu kedua”); Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal di akhirat Akinabalu, gunung Kinabalu); dan Rogon (semangat jahat). 
Dewa Kinoingan (logat lain: Kinorohingan/Kinoringan) disembah sebagai Tuhan Pencipta (“Minamangun”) dan berkuasa sumber kepada kewujudan, selain itu adalah Semangat Padi yang dikenali sebagai Bambaazon/Bambarayon (semangat sumber makanan). Isterinya ialah Dewi Suminundu. Sebelum orang menjamah makanan yang di buru mereka akan memotong secebis dan meyerahkannya dengan hormat kepada roh yang memberikannya.
Anak perempuan mereka ialah Dewi Huminodun (bermaksud “yang berkorban”) yang telah mengorbankan dirinya kepada semangat bumi sebagai balasan untuk hasil tanaman yang lumayan untuk umat manusia. Satu ketika dulu, orang Kadazan-Dusun mengalami bencana kebuluran kerana tidak ada sumber makanan. Sang Kinoingan merasa belas kasihan terhadap kesengsaraan kaum Kadazandusun dan telah mengorbankan Huminodun dan jasadnya disemadikan di bumi lalu tumbuhlah sebagai semacam tumbuhan iaitu padi dan dari situlah suku kaum Kadazan-Dusun mendapat sumber makanan. Dipercayai jelmaan semangat Huminodun jelmaan semangat Huminodun telah hidup kembali setelah tujuh hari sebagai Unduk Ngadau (bermaksud “gadis yang dinobatkan sinar matahari”) dari dalam Kaakanan, selepas tujuh hari dia dikorbankan.

Perayaan


Perayaan.
Tadau Kaamatan atau Magavau disambut sepanjang bulan Mei (walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei) dan merupakan upacara perayaan khusus untuk menghormati Bambaazon yaitu Semangat Padi. Perayaan ini biasanya diadakan setelah selesai panen padi.
Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan Ratu Cantik atau Unduk Ngadau diingati selaku semangat Dewi Huminodun dan korbannya. Kata Unduk Ngadau digunakan untuk melambangkan kecantikan dan kebaikan budi.[10]

Mantera-mantera

Antara manteranya (rinait atau inaait) adalah seperti berikut:
          doi kada kati gangang arai
            kotunguan ko do pais 
            otimbaar ko do sadap
            odoi kososodop zou do mogiginipi
            kosou ku do nokotimung kito do pamakanan do karamaian diti
            Nga ino noh maan zou do mamagavau do paai diti
            Do ounsikou nodi ka'ka do bambaazon
            Do kosuni vagu do toun tiso do kaanu no vagu kotimung kito
            om ogumu nodi do pamakanan tokou mantad do paai
  maksudnya:
          aku megambil pisau ini
            untuk di jadikan persembahan
            bagi menyucikan makan ini (padi)
            semalam aku bermimpi
            aku berjumpa dengan engkau (huminodun) dan kita telah makan bersama dalam keramaian itu
            sebab itu lah aku memuja semangat padi ini
            supaya bersukacitalah semangat padi (bambaazon)
            dan tumbuh lagi padi-padi di tahun hadapan supaya dapatlah kita berkumpul lagi
            dan banyaklah lagi makanan kita yang tercipta dari padi

Memorial Nunuk Ragang, Ranau, Sabah.

Asal-usul kaum Kadazan-Dusun

Melalui legenda, mengenai “Nunuk Ragang” sebagai penempatan awal kaum Kadazandusun (daerah Ranau, Sabah). Di mana nenek moyang telah hidup di hutan secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga (seperti minoritas dari suku Kadazan-Dusun yang masih hidup kini bersama antara 150-200 orang) dan belum tahu padi.
Pada tahun 2004 gerakan “Kadazan-Dusun Cultural Association (KDCA)” telah membangun sebuah memorial sakral di tempat kampung pertama legendaris.

Bahasa Kadazan

Jump to search
Dusun Tengah
Kadazan Tengah
Asli diMalaysia, Brunei
WilayahSabah
EtnikKadazan
Penutur asli60,000  (tiada tarikh)
Keluarga bahasaBahasa Austronesian
  • Malayo-Polynesia
    • Borneo Utara
      • Sabah
        • Dusunik
          • Dusun Tengah
Kod bahasa
ISO 639-3kzj
Suku kaum Kadazan-Dusun mempunyai bahasa tersendiri. Suku kaum Kadazan dan suku kaum Dusun sebenarnya merupakan suku kaum yang berbeza, tetapi berasal dari rumpun yang sama. Bahasa kedua-dua suku kaum ini seakan-akan sama, cuma dibezakan oleh sedikit perbezaan dalam ejaan dan sebutan.
Contohnya, "rumah" disebut sebagai "walai" dalam bahasa Dusun dan "hamin" dalam bahasa Kadazan. Banyak perkataan lain yang hanya berbeza dari segi ejaan seperti "dua" iaitu "duo" dalam bahasa Dusun dan "duvo" dalam bahasa Kadazan, dan "sembilan" yang disebut "siam" dalam bahasa Dusun, dan "sizam" dalam bahasa Kadazan. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan yang sama seperti "satu" iaitu "iso" dalam kedua-dua bahasa dan "enam" iaitu "onom".

Top Post Ad


Below Post Ad


Ads Area