Ads Area


ASAL USUL KAUM DUSUN DI SABAH

Sejarah Asal-usul Kaum Dusun di Sabah.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sejarah Asal-usul Kaum Dusun di Sabah.

Dusun merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sekumpulan suku kaum peribumi dalam rumpun Dusunic yang berasal dari Sabah (dahulu dikenali sebagai North Borneo).



Kadazandusun
Jumlah populasi
(568,575 a)
Kawasan ramai penduduk
Malaysia Malaysia: Sabah, Labuan
Bahasa
Kadazan, Dusun, Melayu, Inggeris
Agama
Kristian (majoriti), Islam, Momolianisme
Kumpulan etnik yang berkaitan
Kadazan, Dusun, Sungai , Lun Bawang/Lun Dayeh, Rungus , Murut

a Yearbook of Statistics: Sabah, 2010

Terdapat kelompok kaum yang juga dipanggil Dusun berasal dan menetap di negara Brunei.

Di wilayah Kalimantan Indonesia terdapat masyarakat Dayak yang turut dipanggil sebagai kaum Dusun namun pertaliannya dengan kaum Dusun Sabah masih kurang jelas walaupun terdapat beberapa persamaan linguistik dengan Kaum Dusun Sabah.


Panggilan terhadap suku-suku dalam kumpulan masyarakat Dusun dimulakan dengan perkataan Dusun, sebagai contoh Dusun Dumpas, Dusun Kimaragang, Dusun Liwan, Dusun Lotud, Dusun Tindal dan banyak lagi, merujuk kepada kumpulan sub-etnik Dusun yang diwakili.

Pakaian Tradisional

Pakaian tradisi Etnik Dusun dahulu asalnya dibuat daripada kapas dan lain-lain. Selalunya hanya satu bahan sahaja yang diguna namun kadangkala bahan-bahan tersebut digabungkan.


Kain yang siap ditenun dicelup ke dalam nila asli dan kemudian dikeringkan lalu dijahit menjadi tudung(penutup kepala/sunduk), baju, skirt atau seluar

Tarian Sumayau

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun dari daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam erti kata lain disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Bobolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan banyak serta dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Bobolian.


Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam. Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi(sejenis tampian besar) yakni untuk menghormati atau memuja gusi-gusi. Majlis tersebut juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu sama seperti kenduri arwah yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.

Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mula menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki agak perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Penari bergerak berinsut-insut dan perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.

Bahasa Dusun


Dusun Tengah
Kadazan Tengah
Asli diMalaysia, Sabah
WilayahSabah
EtnikDusun, Kadazan
Penutur asli180,000  (1991)
Keluarga bahasaBahasa Austronesian
  • Malayo-Polynesia
    • Borneo Utara
      • Sabah
        • Dusunik
          • Dusun
            • Dusun Tengah
Kod bahasa
ISO 639-3Pelbagai:
dtp — Dusun Tengah
kzs — Sugut Dusun
kzt — Tambunan Dusun
tdu — Tempasuk Dusun
ktr — Kota Marudu Tinagas
mqq — Minokok

Bahasa Dusun merupakan bahasa bumiputera kaum Dusun atau Kadazan-Dusun di Sabah. Bahasa Dusun hampir menyerupai bahasa Kadazan tetapi terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi ejaan dan sebutan. Contohnya "sembilan" yang disebut "siam" dalam bahasa Dusun dan "sizam" dalam bahasa Kadazan.

Akan tetapi, terdapat juga perkataan yang berbeza tetapi maksud yang sama contohnya "di mana" yang disebut "hinonggo" dalam bahasa Dusun dan "hinombo" dalam bahasa Kadazan atau "rumah" yang disebut "walai" dalam bahasa Dusun dan "hamin" dalam bahasa Kadazan.


Walaupun kedua-dua bahasa ini sedikit berbeza tetapi kebanyakan suku kaum Dusun-Kadazan menggunakan kedua-dua bahasa ini dalam perbualan seharian.

Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah.

 (1) Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun.

(2) Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965).

(3) Teori Ketiga, Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220).

(4) Teori Keempat, Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

(5) Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan.

Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.


Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman.

Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian.

Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.


Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain.

Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.


Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan diterima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional. Seni nyanyian ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah. Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian terdapat lagu-lagu ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama. Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut suku.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Top Post Ad


Below Post Ad


Ads Area