Ads Area


Pemangkin transformasi belia Kundasang & Ranau

Picture
Tan Sri Datuk Kasitah bin Gaddam
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Salah satu daripada pemangkin-pemangkin kepada peningkatan semangat para ibu-bapa pada pertengahan 1960an khususnya di Kundasang dan seluruh daerah Ranau untuk menyekolahkan anak-anak mereka sehingga ke peringkat universiti ialah dengan berjayanya seorang warga Ranau yang pertama kali mendapat ijazah dari sebuah universiti.

Individu itu ialah Encik Kasitah Gaddam (kini Tan Sri).


Berita beliau mendapat kelulusan universiti walaupun dari keluarga miskin telah melonjakkan semangat dan keyakinan orang-orang Ranau bahawa orang-orang Ranau sebenarnya BOLEH!

Alhamdulillah, berkat kejayaan Tan Sri Kasitah itu dan semangat untuk menimba ilmu setinggi mungkin, kini daerah Ranau adalah dikatakan pengeluar lulusan Universiti yang paling ramai di Sabah.


Tahniah dan terima kasih kita rakamkan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, Bekas Menteri Persekutuan.

Semoga Tan Sri dipanjangkan umur, sihat sentiasa, dimurahkan rezeki serta bahagia dunia akhirat.


Gambar dipetik dan disesuaikan dari Facebook Tan Sri Kasitah sendiri.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Top Post Ad


Below Post Ad


Ads Area