Ads Area


Asal Usul Kadazan Dusun

Dusun Tindal di Kampung Kelawat - Kota Belud

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kaum Kadazandusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah.

Kadazandusun

Jumlah populasi
(568,575 a)
Kawasan ramai penduduk
Malaysia Malaysia: Sabah, Labuan
Bahasa
Kadazan, Dusun, Melayu, Inggeris
Agama
Kristian (majoriti), Islam, Momolianisme
Kumpulan etnik yang berkaitan
Kadazan, Dusun, Sungai , Lun Bawang/Lun Dayeh , Rungus , Murut

a Yearbook of Statistics: Sabah, 2010

Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal" ataupun "orang asli".

Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.

Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas[Tangara], Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar.

Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.

Picture
Tun Muhammad Fuad Stephens (dilahirkan sebagai Donald Aloysius Marmaduke Stephens; 14 September 1920 – 6 Jun 1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dan ke-5. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-3.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah.

Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padii sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai.

Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.

Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk).

Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Istilah Kadazandusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

Suku kaum yang membentuk Kadazandusun


  • Bundu
  • Dumpas
  • Gana
  • Garo
  • Kimaragang
  • Kolobuan
  • Kuijau
  • Labuk
  • Liwan
  • Lobu
  • Lotud
  • Malapi
  • Mangkaak/kunatong
  • Minokok
  • Pingas
  • Rumanau
  • Rungus
  • Sonsogon
  • Sukang
  • Tagahas
  • Tatana
  • Tangara
  • Tinagas
  • Tindal
  • Tobilung
  • Talantang
  • Tuhawon
  • Tutung

Perayaan

Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah seperti Murut. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei.


Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan Ratu Cantik atau Unduk Ngadau, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan[Kadazan]/Bobolian[Dusun]/Babalian[Murut] "ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.

Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat 5 makhluk halus: Kinoingan[Kadazan](dialek suku lain;Kinorohingan[Dusun]/Kinoringan[Suku Dusun yang lain,salah satunya ialah Dusun Tatana)(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koduduwo(Koduduvo[Kadazan]) (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon[Kadazan]/Bambarayon[Dusun] dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Walau bagaimanapun, kebanyakkan rakyat kadazan dusun yang sudah beragama Kristian, mereka hanya meraihkan pesta tersebut tanpa sebarang kepercayaan tradisional.

Picture
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria.

Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.


Sepanjang perayaan ini diadakan, pertandingan Unduk Ngadau akan dijalankan di seluruh daerah di Sabah, dan para pemenang setiap daerah akan seterusnya bertanding di bahagian peringkat negeri. Acara ini merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh penduduk Sabah setiap tahun pada bulan Mei.

Makanan tradisional

Makanan kaum Kadazan merupakan identiti dan pengenalan bagi kaum Kadazan. Masyarakat Kadazandusun memiliki pelbagai hidangan yang unik. Hidangan-hidangan ini biasanya banyak disediakan di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

Selain pada hari perayaan, suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun.

Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

Picture
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.Terima kasih! :)

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.

Tarian tradisional

Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.

Dikatakan bahawa tarian ini adalah berasal daripada cara burung helang terbang dan ditiru oleh petani-petani KadazanDusun yang sedang duduk berehat di sebuah pondok yang dipanggil 'Suhap(Kadazan)/Sulap(Dusun)' oleh warga tempatan selepas penat bekerja menguruskan padi-padi mereka.

Irama Sumazau adalah perlahan.

Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang.

Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama.

Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.

Pakaian tradisional

  • Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang dikenali sebagai 'Sinuangga' yang dipakai oleh kaum wanita dan 'Gaung' untuk para lelaki.
Baju ini selalunya menggunakan kain hitam(kain baldu) yang bersulamkan benang emas.

Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai. -'Sinuangga' dilengkapi dengan perhiasan ikatan pinggang yang dipanggil 'Himpogot'(logam perak/2 lilitan pada bahagian atas dan bawah perhiasan di pinggang) dan 'Tangkong'(logam tembaga/3 lilitan) -'Gaung'(dihiasi dengan renda keemasan & butang betawi) dengan topi yang dinamakan 'Siga'(tanjak dari kain dastar yang ditenun), ia juga disertakan dengan 'Sandangon'(hiasan dripda daun palma hanya dipakai ketika mempersembahkan tarian Sumazau) yang dipakaikan secara menyilang pada tubuh badan.
  • Pakaian Traditional Suku Kaum Dusun Tambunan dipanggil 'Sinombiaka' bagi yang telah dipermodenkan.Manakala jenis yang asal dikenali dengan nama 'Sinombiaka Rombituon',di mana mempunyai hiasan lebih ringkas.
  • Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil ' Sinipak '.


Picture

ASAL USUL SUKU KAUM DUSUN DI SABAH

Menurut sumber akademik,terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah.

1) Kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari selatan China ke negara2 di Asia Tenggara (T.R. williams:1955.)
Dalam kajian mereka,saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal,bahasa pertuturan,kumpulan darah dan bahan kesenian yang di cipta oleh masyarakat Kadazandusun.

2) Asal usul kaum Dusun dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol,orang China atau kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Ivor H.N.Evans:1923 dan T.R. Williams:1965).

3) Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum china (Ivor H.N. 1923 dan Owen Rutter:1965).

4) Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

5) Mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum bunun di Taiwan.


menurut cerita lisan penduduk,masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi,iaitu dari keturunan dewa kinorohingan dan isterinya siminundu.
walau bagaimana pun kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja.

Ekoran daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya islam dan kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.

Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme dikalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an,cara hidup orang Dusun mulai berubah. Namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga,ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat,sistem kepercayaan tradisional,budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian.



Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian.Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar,tambahan pula aspek kesenian ini boleh di ikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat dusun sekarang ini.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk sabah.suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang,Papar,Tuaran,Kiulu,Tamparuli,Tenghilan,Kota Belud,lembah bukit di Ranau,Tambunan dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah,padi huma dan sayur sayuran.Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan di sungai.mereka kebanyakan bertempat di sekeliling kawasan lembah pantai barat dan kawasan pedalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang di sebut di atas adalah berasal daripada kawasan tertentu umpamanya kimaragang di daerah Kota Marudu,Lotud di daerah Tuaran,orang sungai di daerah kinabatangan,Sugut,Paitan dan Pitas.

Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganut agama kristian dan sebahagian pula menganut agama Islam.Bagi orang sungai yang tinggal di daerah Pitas,mereka menganut agama Islam manakala daerah daerah lain seperti kinabatangan orang sungai turut menganut agama agama lain.

Masyarakat Lotud(Suang Lotud) turut mendiami kawasan pantai barat selatan negeri sabah terutamnya Tuaran,Tamparuli,Telipok dan sedikit di Kota Belud(Tempasuk).Mereka hidup secara kolektif dan mendiami rumah panjang yang menempatkan beberapa keluarga iaitu antara 150-200 orang.Walaubagaimana pun,pada masa kini,rumah panjang jarang di lihat dalam etnik ini.Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan di terima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional.


Seni nyanyian ini bukan sahaja digenari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah.Nyayian yang sering di nyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing2.Masyarakat Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun,namun demikian terdapat lagu lagu ciptaan yang di campuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama.

Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza beza mengikut suku.

Credit foto : https://apotpuri.blogspot.com/2015/07/asal-usul-orang-kadazan-dusun-murut.html

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Top Post Ad


Below Post Ad


Ads Area