Pakar dalam bidang seni dan sejarah masih dalam proses mencari asal usul suku kaum Rungus,kerana sehingga saat ini TIADA data dan fakta accurate' yang boleh menceritakan ASAL USUL SEBENAR Bangsa Rungus.
Ada beberapa kajian yang telah dilakukan oleh University luar dan pakar ahli arkeologi yang mengatakan bahawa kemungkinan orang Rungus Borneo berasal dari pedalaman Mongolia. Hal ini kerana terdapat persamaan antara seni budaya dan kehidupan orang-orang Mongolia dengan seni budaya orang Rungus di Sabah.Dipercayai terdapat sekumpulan manusia dari sekitar zaman Mesolotik atau Neolotik yang berimigrasi dari tanah asal. Pada zaman itu, lautan telah menjadi beku kerana iklim dunia yang sangat sejuk. Kumpulan nomad ini ialah nenek moyang Momogun Rungus yang mengembara sehingga tiba di kepulauan Borneo,Namun sejauhmana kebenaran ini masih DIRAGUI kebenarannya.Tapi apabila kita menelusuri cerita lisan yang beredar di kepulauan Borneo khasnya Sabah,maka akan kita temui sebuah tokoh yang bernama "Aki Rungsud" yang merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang menjadi 'Leluhur' Bangsa Rungus ,dimana dikatakan beliau membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu.
Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya.
Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR.
Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM).
Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun.Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan bahasa Dusun di sabah dan bahasa tagalog yang ada filipina.
Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak .
Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli dan orang asal di Kepulauan Borneo.
Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah terdiri daripada beberapa sub suku iaitu:
Rungus Kirangavan
Rungus Pilzapazan
Rungus Gandahon
Rungus Gonsomon
Rungus Nulzuw
Rungus Tupak atau Rungus Melobong
Momogun Rungus di luar daerah seperti yang disebutkan diatas adalah dikenali sebagai:
Rungus Piromitan
Rungus Tindal-Sondot
Pakaian tradisi wanita Rungus juga sarat dengan manik-manik yang direkacipta sendiri. Wanita Rungus pada zaman dahulu sentiasa memakai pakaian ini dalam kehidupan seharian seperti memasak, mengangkat air, menyulam dan lain-lain lagi.Kini ia hanya dipakai ketika majlis perkahwinan, keraian, kematian mahupun menjemput ketibaan tetamu ke rumah panjang.
Pakaian tradisi lelaki Rungus pula cukup ringkas dengan hanya sandai atau sopilang ( kain panjang dipakai bersilang), hokos (tali pinggang kain yang biasanya berwarna merah,hijau dan kuning), sigar (tengkolok) dan baduh (baju atau kain sarung) yang biasanya dipakai ketika melakukan tarian Sumundai Mongigol.
Credit Picture ;
#Priscilla_J_Maras
#Nelz_Sanchez_Nielsen
..Bersama memartabatkan Budaya serta tradisi Bangsa Borneo..."
#SabahanVoice
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date