Ads Area


Menjejak Sejarah Silam Borneo Utara / Sabah

Penulisan Oleh Kumis Kumis

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sejarah Sabah Yang Hilang

Empat (4) Keping Surat Perjanjian Penyerahan Wilayah Jajahan Borneo Utara Kepada Overbeck dan Dent oleh Kesultanan Brunei pada 29.12.1877

Picture
Overbeck ni asal Jerman tapi buat joint venture dengan Alfred dan Edward Dent dari Britain. Lepas dapatkan Sabah barat dan timur, Overbeck dan Dent Brothers gabungkan ia jadi "North Borneo" iaitu Sabah yang kita kenali.

Salam hormat dan salam sejahtera kepada semua peminat Sejarah Borneo Utara Sabah.

Pada hari ini penulis ingin berkongsi dan memperbetulkan satu lagi kisah penting sejarah Sabah yang telah hilang serta tidak ditemui di dalam buku teks sejarah di Sekolah.

Kesedaran orang ramai mengenai sejarah bangsanya semakin meningkat dalam dekad-dekad yang terakhir ini. Kadar celik huruf dan pendidikan yang tinggi telah merangsang para pengkaji sejarah untuk mengorek kembali sejarah bangsanya dan kerajaannya.

Orang sekarang bukanlah semuanya orang yang buta sejarah sehingga tidak mengambil kisah mengenai peredaran dunia bahkan mereka sebenarnya telah lama mengkaji tamadun yang terawal sebelum tahun 1881 iaitu tarikh keramat bermulanya Sejarah Moden Sabah.

SEJARAH bukan sekadar rakaman peristiwa lalu, rakaman sejarah juga boleh dilakukan secara terpilih. Pihak yang berkeupayaan melakukannya adalah yang memerintah yakni berkuasa (yang menang).

“Sejarah ditulis oleh pemenang”, demikian ungkapan Winston Churchill.

Maka tidak mengejutkan apabila kesahihan sesuatu rakaman sejarah itu dipertikaikan lebih-lebih lagi oleh pihak yang menang yang mengatakan bahawa Empat (4) keping Surat Perjanjian Penyerahan Wilayah Jajahan Brunei yang berlainan kawasan di Borneo Utara adalah tidak benar, tidak wujud dan tidak penting sama sekali.

Dalam kajian peribadi penulis terdapat lebih dari 27 keping surat perjanjian penyerahan wilayah jajahan kesultanan Brunei dari tahun 1877 sehingga 1903 dan ianya tidak termasuk perjanjian lain yang ditandatangani sekitar tahun 1830 an dan 1840 an.

Sebagai contoh, para sejarawan tempatan dan luar negara merakamkan bahawa pada 29.12.1877, cuma hanya satu (1) keping perjanjian wilayah jajahan Brunei yang diserahkan kepada Overbeck dan Dent yang merangkumi kawasan Pantai Barat Sabah.


Mereka juga mendakwa cuma ada sekeping perjanjian 1877 dan satu lagi perjanjian 1878 di mana semua perjanjian 1877 umpama tidak penting dan tidak wujud kerana mereka tidak pernah menilai dan meneliti tiga (3) keping lagi perjanjian wilayah jajahan Brunei yang di serahkan kepada Overbeck dan Dent pada hari yang sama tanggal 29.12.1877.

Maklumat atau fakta perjanjian tahun 1878 telah disahkan atau diterima kerana ianya mendapat restu daripada pihak yang menang. Tiada restu daripada pihak yang menang bermakna tidak sah atau tidak diperakui sebagai suatu fakta sejarah yang benar yang perlu diiktiraf.

Dalam konteks dokumentasi yang sebenar setelah diteliti dihalusi dan diperolehi pelbagai dokumen lain yang tersimpan di Arkib London maklumat ini sebenarnya agak berbeza.

Inilah satu daripada contoh konflik yang melanda kita. Dan segala paparan sejarah dalam pelbagai medium baik buku teks rujukan dan sebagainya, diambil dan bersumberkan catatan sejarah ‘rasmi’ yang bersimpang-siur ini.

Apa yang sebenarnya berlaku mengikut kajian penulis adalah pada 29.12.1877 sebanyak empat (4) keping surat perjanjian penyerahan wilayah jajahan Borneo Utara kepada Overbeck dan Dent oleh Kesultanan Brunei.

Maklumat ini akan merubah persepsi bahawa Kedaulatan pantai timur dan pantai barat Sabah sebenarnya pada suatu ketika adalah milik Kesultanan Brunei dan bukan milik Kesultanan Sulu.

Menurut dokumen lama yang tersimpan di Arkib London sebenarnya dapat mengesahkan bahawa seluruh persisiran pantai Borneo Utara dari persisiran pantai timur dan pantai barat pada tahun 1877 adalah merupakan wilayah jajahan Kesultanan Brunei kecuali kawasan pedalaman Sabah yang dikenali sebagai “Terra Nullius” iaitu ungkapan Bahasa Latin yang bererti Tanah Tiada Pemilik.


Para pegawai kanan pihak Syarikat Borneo Utara British dari awal telah mengesahkan di dalam dokumen mereka bahawa persoalan “Kedaulatan”, “Tuntutan” dan “Pengaruh” adalah perkara yang berlainan.

Picture
Dent & Co. British Hong Kong, 1858.

Mereka semua berpendapat bahawa soal Kedaulatan Borneo Utara pada tahun 1877 adalah milik Kesultanan Brunei yang telah diserahkan buat selama lamanya kepada overbeck dan dent yang disambung oleh Syarikat Borneo Utara British.

Ini adalah maklumat penting dari empat (4) keping perjanjian wilayah jajahan Kesultanan Brunei yang diserahkan kepada Overbeck dan Dent pada 29.12.1877: -

1. Perjanjian Pertama: Dari Tanjong Gaya sehingga Tanjong Lotut dan Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar termasuk Papar dan Benoni dengan bayaran $4,000.00 setahun. 2. Perjanjian Kedua: Dari Sungai Sulaman sehingga Sungai Paitan termasuk Pulau Banggi dan pulau pulau dalam 9 batu dari tepi laut dengan bayaran $6,000.00 setahun 3. Perjanjian Ketiga: Dari Paitan, Sugut, Bongaya,Labok, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang sehingga Sungai Sibuku dengan bayaran $2,000.00 setahun 4. Perjanjian Keempat: Wilayah Kimanis dan Benoni dengan bayaran $3,000.00 setahun

Sejumlah $15,000.00 nilai kedaulatan Kesultanan Brunei di bayar oleh pihak Syarikat Borneo Utara British setiap tahun dan ianya merupakan salah satu unsur penting sebuah negara. Bayaran ini sudah dilangsaikan sepenuhnya oleh pihak Syarikat Borneo Utara British.

Penguasaan suatu wilayah ada tujuh cara yang diakui secara umum iaitu melalui proses Pendudukan, Penaklukan, Pertambahan: perubahan karena faktor alam, Preskripsi: pengalihan hak, Penyerahan, Integrasi atau sebaliknya disintegrasi, Revolusi dan dua cara lain iaitu proses dikolonisasi dan keputusan Persidangan Antarabangsa.


Kesultanan Brunei memperolehi kedaulatan Borneo Utara melalui proses penaklukan terutamanya persisiran pantai, pulau pulau dan muara sungai ratusan tahun lalu dan pengaruh serta kuasa mereka semakin berkurang mengikut peredaran masa.

Namun, Kesultanan Brunei di penghujung abad ke 19 masih memiliki Kedaulatan Borneo utara yang terbukti dari empat keping surat perjanjian penyerahan wilayah Borneo utara pada 29.12.1877 kepada Overbeck dan Dent.

Tidak pernah berlaku penyerahan kedaulatan wilayah Jajahan Kesultanan Brunei di Borneo Utara kepada Kesultanan Sulu. Tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah merupakan satu pembohongan dan sandiwara licik bertaraf antarabangsa dan kita semua semesti tahu untuk menilai kisah yang diputar belitkan atau fakta yang sebenar.

Oleh yang demikian, sejarah mempunyai nilai dan kepentingan yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Himpunan masa lalu atau sejarah menjadi panduan dan pedoman kepada kita serta mengajar tentang cabaran dan kesukaran hidup. Kita hendaklah menyedari kenyataan kehidupan dan kemudian bertindak untuk mengatasinya.



Oleh itu, masa lalu iaitu sejarah itu penting sebagai petunjuk kepada individu, masyarakat dan negara berkenaan untuk mengendalikan masa yang sedang dan akan dihadapinya dengan penuh keyakinan dan berkesan.

Di samping itu, Sejarah juga mengajar kita belajar dari kesilapan agar kesilapan itu tidak berulang lagi. Hal ini demikian kerana kesilapan yang berulang boleh menghancurkan kehidupan seseorang individu, masyarakat dan negara.

Justeru itu, perancangan dan usaha yang jitu adalah perlu dilakukan bagi mengatasi serta keluar dari kemelut masa lampau.

Walau bagaimanapun, perencanaan ini sentiasa tertakluk kepada kekuasaan, Rahmat, serta limpah dari Yang Maha Berkuasa di samping usaha dan tawakal daripada manusia.


"Tidak ada yang baru di dunia ini kecuali sejarah yang tidak kamu ketahui".

Sumber: 1. Arkib London
2. CO/874 – 17, 18, 19 dan 20

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Top Post Ad


Below Post Ad


Ads Area