PELBAGAI etnik di Sabah.
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang dituturkan hampir seluruh etnik di negeri ini dan dialek Sabah yang dipanggil Baku adalah sangat berbeza dengan dialek Johor-Riau yang dituturkan di Johor.
Sabah juga mempunyai slanga sendiri yang banyak terdapat dalam bahasa Melayu mereka. Di samping itu, bahasa pribumi seperti Kadazan, Dusun, Bajau, Brunei dan Murut mempunyai segmen mereka sendiri pada siaran radio negeri Sabah.Bangsa
Rakyat Sabah dibahagikan kepada 32 kumpulan etnik, di mana hanya 28 diiktiraf sebagai Bumiputera, atau pribumi.
Kumpulan etnik terbesar yang bukan bumiputera adalah Bangsa Cina Han sebanyak (13%).
Manakala dialek Cina yang berpengaruh di Sabah adalah Hakka dan diikuti oleh Kantonis dan Hokkien. Kebanyakan penempatan orang Cina di Sabah tertumpu di bandar dan pekan utama, iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan dan juga Tawau. Kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sabah ialah Kadazan-Dusun, diikuti dengan Bajau, Brunei dan Murut.
Terdapat juga sebilangan kecil kaum India dan lain-lain bangsa Asia di Sabah berbanding di Semenanjung Malaysia. Orang Cocos dan Tidong juga merupakan salah satu etnik minoriti yang tinggal di Sabah terutamanya di Bahagian Tawau. Secara umumnya, semua orang yang datang dari Sabah dikenali sebagai "Orang Sabah" atau (Sabahan dalam bahasa Inggeris) dan mereka juga menganggap diri mereka seperti itu.
Demografi Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, antaranya:
- Kadazan-Dusun
- Bajau
- Melayu Brunei
- Murut
- Lundayeh
- Rungus
- Kedayan
- Bisaya
- Bugis
- Lotud
- Kwijau
- Tambanuo
- Orang Sungai
- Dumpas
- Mangka'ak
- Tidong
- Maragang
- Idahan
- Minokok
- Rumanau
- Paitan
- Lun Bawang dan Lun Dayeh
- Orang Cocos
- Iranun
- Suluk
- Etnik Cina Sabah yang mempunyai keturunan campuran dengan pribumi (Sino)
- Semenanjung Malaysia – Melayu, Cina, India
- Orang Cina – Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan
- Orang Filipina – Chavacano, Bisayan, Ilocano, Bajau, Iranun, Suluk
- Orang Indonesia – Bugis, Banjar, Jawa, Timor
- India – Punjabi, Tamil
- Orang Sarawak – Iban, Penan, Dayak, Orang Ulu, Melayu Sarawak, Cina Sarawak
- Pakistan – Pashtun
- Orang Arab – Hadhrami
- Bangsa Jepun
- Bangsa Korea
Budaya di Sabah
Penduduk negeri ini terdiri dari berbagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antaranya ialah Kadazandusun, Bajau, Melayu Brunei, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Suluk dan lain-lain.
Penduduk
Rencana utama: Projek IC
Penduduk Sabah meningkat sebanyak 651,304 pada tahun 1970 dan meningkat lagi kepada 929,299 selepas sedekad. Tetapi dalam dua dekad selepas tahun 1980, populasi penduduk negeri ini meningkat dengan sangat ketara dengan mempunyai penduduk sebanyak 1.5 juta secara mengejut dan mencapai 2,468,246 menjelang tahun 2000. Sehingga tahun 2019, bilangan ini telah berkembang lagi sehingga 3,629,211, dengan warga asing yang menjadikan 21%(700,190) daripada jumlah populasi di negeri ini.
Jumlah penduduk Sabah pada tahun 2010 adalah 3,117,405 dan menunjukkan lebih daripada 400 peratus peningkatan dari jumlah populasi pada tahun 1970 yang sebanyak 651,304. Ini menunjukkan Sabah merupakan negeri ketiga yang mempunyai paling ramai penduduk di Malaysia selepas Selangor dan Johor. Sabah mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi penduduk di negara ini sebagai salah satu hasil daripada pendatang tanpa izin melalui Projek IC yang kebanyakannya datang dari wilayah-wilayah Islam di selatan Filipina. Dan, kini penduduk Sabah yang kebanyakannya beragama Kristian hanya menjadi kelompok minoriti dalam tanah air mereka sendiri.
Oleh itu, pada 1 Jun 2012, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah yang berkaitan.
Populasi yang dianggarkan berdasarkan kumpulan etnik pada tahun Mac 2019 adalah seperti berikut:
- Kadazan-Dusun: 22.6% (869,647)
- Bajau: 11% (488,672)
- Melayu Brunei: 5% (150,029)
- Murut: 6.1% (199,611)
- Lain-lain bumiputera: 23.4% (901,964) – yang meliputi kaum Rungus, Murut, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Bawang dan Lun Dayeh, Tindal, Kadazan,Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, Kedayan, Orang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak,Dusun, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida’an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino,Dayak(murut), Iban
- Cina (majoriti Hakka): 9.1% (270,049)
- Lain-lain bukan bumiputera: 1.1% (44,052)
- Warga Asing (Filipina, Indonesia): 21.8% (700,190)
Pendidikan
Pendidikan di negeri ini telah bermula sejak zaman penjajah lagi, ketika itu sebuah sekolah telah dibina pada tahun 1883 di Sandakan oleh pihak misionari Roman Katolik.Pelaksanaan pendidikan di Sabah juga diteruskan ketika Perang Dunia ke-II di mana ketika waktu pemerintahan Jepun, falsafah Jepun diajarkan kepada penduduk tempatan. Namun ianya tamat apabila kekalahan Jepun dan diteruskan kembali dengan pendidikan Barat. Pelan pendidikan lima tahun telah dilaksanakan dan digubal semasa tempoh 1947–1952 oleh pihak British. Antara perkara yang ditekankan dalam pelan pendidikan ini adalah seperti; enam tahun pendidikan sekolah rendah untuk semua, pembanterasan buta huruf, pendidikan kesihatan dan pertanian, pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan juga latihan vokasional. Dalam sistem pendidikan berkenaan, bahasa Inggeris merupakan bahasa utama. Setelah menyertai Persekutuan Malaysia, pendidikan di Sabah telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Perihal pendidikan ini terkandung dalam Akta Pendidikan 1961 yang kemudiannya dikembangkan ke Sabah pada tahun 1976.
Agama
Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 kira-kira 62.3% penduduk Sabah beragama Islam, 27.6% lagi adalah Kristian, 6% Buddha, 1.6% lain-lain dan 0.2% tidak beragama.
Sejak penyatuan pada tahun 1963, Sabah telah mengalami perubahan yang ketara dalam komposisi agama, terutama dalam peratusan penduduknya yang menganut agama Islam. Pada tahun 1960, peratusan umat Islam adalah 36%, manakala Kristian 18%, kira-kira satu pertiga lagi kekal mengamalkan fahaman animisme. Pada tahun 2010, peratusan umat Islam telah meningkat kepada 62.3%, manakala mereka yang menganut agama Kristian hanya meningkat sedikit iaitu pada 27.6% dan Buddha pada 6%.
Ini disebabkan oleh aktiviti dasar pengislaman yang agresif pada tahun 1969-1975 ketika negeri itu berada di bawah pemerintahan USNO yang diketuai oleh Tun Mustapha dengan sokongan kuat dari kerajaan pusat. Pada 14 Oktober 1969, USNO telah membentuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau lebih dikenali sebagai (USIA). Mereka telah menjalankan kempen pengislaman di seluruh negeri ini dengan bantuan kerajaan Persekutuan yang menyemai nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam Sabah. Sesiapa yang menentang akan dianggap sebagai pelampau atau sesat dan beberapa orang telah ditahan di bawah ISA.
Pada tahun 1973, USNO telah meminda Perlembagaan Sabah untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi Negeri Sabah. USIA bersungguh-sungguh mempromosikan penukaran agama pribumi penduduk Sabah kepada Islam dengan menawarkan pelbagai ganjaran dan kedudukan pejabat, ditambah lagi melalui penghijrahan pendatang asing beragama Islam dari Filipina dan Indonesia. Pemecatan mubaligh Kristian di negeri ini juga telah dilakukan bagi mengurangkan penganut Kristian pribumi di Sabah. Warga asing beragama Islam dari Filipina dan Indonesia malahan dari Pakistan juga telah dibawa ke negeri itu dengan arahan dari ketua USNO pada masa itu, Tun Mustapha dan diberikan kad pengenalan pada awal tahun 1990an untuk membantu menjatuhkan kerajaan negeri PBS dan bagi membuatkannya dilantik sebagai gabenor negeri ini, walau bagaimanapun rancangannya untuk menjadi gabenor negeri ini tidak berjaya namun ramai pendatang tanpa izin telah mengubah demografi Sabah.
Dasar ini diteruskan apabila Sabah berada di bawah pemerintahan BERJAYA yang diketuai oleh Datuk Harris, di mana beliau secara terbuka menggesa semua umat Islam di Sabah tentang pentingnya untuk mempunyai satu majoriti Islam bagi mengawal populasi Kadazan-Dusun yang majoritinya beragama Kristian tanpa memerlukan bantuan dari kaum minoriti Cina.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date